KAMI TELAH TERCENGANG

Monday, 3 December 2012

7 Langkah Meningkatkan Traffic Blog


Rasanya tak sesuai langsung kalau admin bercerita tentang Tips dan Tutorial kat sini sebab blog ni masih baru. Admin pon segan jugak nak post kat blog admin sendiri sebab blog admin bukan menarik sangat ponggg...





Tapi admin rasa mungkin ianya dapat membantu sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam dunia blogger ni. Ada 7 step yang admin dah try sebelum ni, dan sememangnya berkesan. So, yang mana korang tak buat lagi tu boleh la try buat ye...


1. Isi Kandungan Hendaklah Berkualiti

Alah... Semua ayat sama je.. Korang pon dah naik muak dengar tips ini kan? Admin dulu pun banyak kali dah baca benda-benda macam ni. Mana nak cari idea untuk buat entry yang berkualiti kan? Senang macam ni, kita duduk online hari-hari tapi apa yang kita buat? Kita buka blog orang lepas tu layan gelak sorang-sorang. Apa kata korang copy entri tu dan modify guna ayat korang sendiri. Tak jadi kesalahan pon sebab kadang-kadang orang suka kita mengulas berbanding ulasan orang lain walaupun gambar yang sama. Gunakan kreativiti anda dan yang paling penting, kredit kan blog yang anda copy sumber tu. Letak link tersebut di bawah entry anda. Itu salah satu cara anda membalas budi author blog tersebut. Sebab apa? Pembaca akan klik link tersebut dan blog tersebut mendapat traffic dari anda. Ianya membawa anda dari blog ke blog! Sebab tu admin tak kisah kalau anda nak copy paste entry blogtercengang, janji di kreditkan link.

2. Blogwalking.

Rajin-rajinlah bertandang ke blog orang. Bukan bertandang sahaja, sekurang-kurangnya tinggal la tapak kaki kat blog diorang tu. Bagi la komen kat blog diorang. Baca la sikit entry diorang, lepas tu anda komen lah berdasarkan entry. Baru lah seronok tuan punya blog tu dan ada la rasa simpati nak follow blog korang yang tak ramai follower tu. Ini tak, just tinggalkan “Blogwalking”, “Nice entry!” singgahlah kat blog saya ye... Itu nak mencari publisiti namanya. Biarlah orang yang follow kita tu ikhlas nak follow. Lagi satu, buat je muka tak malu follow orang.. Jangan nak ego sangat, kita ni newbie kan?

3. Join group di Facebook.

Sekarang ni banyak group blogger di Facebook. Semua blogger ada Facebook dan bukan semua facebooker ada blog. Join mana-mana group di Facebook seperti Kelab Blogger Ben Ashaari contohnya. Alah, korang search la BLOGGER di Facebook lepas tu korang join je. Post blog entry anda yang paling menarik di situ dan lawat blog member-member yang lain. Selain tu banyak lagi forum-forum yang boleh anda sertai. Ingat! Tinggalkan jejak!

4. Tweet tweet!

Ada akaun twitter? Gunakan akaun twitter anda sebagai platfom mempromosi blog anda. Macam admin sekarang ni hanya gunakan twitter je sebagai experiment. Memang memberangsangkan kalau follower kita ramai berbanding di Facebook. Macam mana nak dapatkan follower twitter yang ramai? Follow akaun orang yang anda rasa satu kepala dengan anda. Macam admin, kepala gila-gila merapu gitu... :-)

5. Tambahkan Widget.

Bukan letakkan widget yang luar biasa tetapi yang biasa-biasa sahaja. Pernah dengar Apesal.com, GuaBlog.com, OhBelog.com dan yang terkini Salam.my? Website ini membantu anda menghubungkan blog anda dengan blog orang lain dengan meletakkan entry anda di blog orang lain dan sebaliknya. Anda hanya perlu mendaftar, submit entry anda dan meletakkan widget website tersebut di blog anda. Kalau sebelum ini sehari 10 hits traffic, selepas tu serius TERCENGANG beb! Dengan syarat, tajuk mesti menarik!

6. Gunakan Youtube!

Berapa ramai pengguna internet yang hanya menonton video? Gunakan medium yang ada untuk mempromosikan blog anda. Cari satu video yang menarik asalkan tak TERLAMPAU, letakkan link blog anda di video tersebut. Anda boleh letakkan video lawak, lagu atau apa-apa sahaja yang mungkin menarik minat audience.

7. Letakkan Widget LinkWith

Gadget ini akan memaparkan preview entry korang yang sebelum ini. Letakkan widget ini di blog anda dan readers semua lebih mudah untuk melihat entry-entry menarik anda yang lain.


Admin hanya sempat menulis 7 cara meningkatkan hits traffic anda tetapi banyak lagi cara yang anda boleh lakukan. Sesiapa yang nak copy silakan tetapi ubah la sikit ayat tu dan kreditkan ke blog tercengang ye. Sama-sama kita menaikkan traffic blog kita. ;-P


Ingin Menambahkan Pendapatan Secara Santai? Jom Join! 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...