KAMI TELAH TERCENGANG

Tuesday 8 January 2013

Bagaimana Nama-Nama Taufan Dinamakan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pada tarikh entri ini ditulis, Taufan Sonamu sedang melanda kawasan perairan Pantai Timur kita dan sama-samalah kita berdoa keselamatan saudara-saudara kita di sana..

Sebelum ni admin tak pernah tau pulak macam mana diorang bagi nama kat taufan ni. Admin mana la nak tau, admin study mechanical engineering. Kalau physic calculation tu boleh la. Pagi tadi salah seorang rakan twitter admin ni yang merupakan maritime student di Universiti Malaysia Terengganu menceritakannya.

Organisasi Meteorology Dunia (World Meteorological Organization) merupakan satu badan yang bertanggungjawab menetapkan nama bagi ribut tropika yang mencapai kelajuan angin berterusan selaju 39 batu sejam di Lautan Atlantik. Mana-mana angin yang mencapai 39 batu sejam dipanggil TAUFAN.
Nama tersebut merupakan kod antarabangsa bagi setiap taufan tersebut. Organisasi ini mempunyai enam senarai nama yang digunapakai semula sepanjang tahun 2008 hingga 2017 seperti gambar di bawah.



Kalau korang perasan, nama yang diberikan adalah mengikut susunan abjad bermula dari huruf A yang mana angin yang berkelajuan sekitar 39 batu sejam. Ingat lagi Taufan Sandy? Kalau Sandy tu kan dah huruf S, mungkin laju la tu..

Untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang Sonamu boleh klik SINI..

Setakat ini je info yang admin mampu bagi kat korang dan harap korang tercengang la melayan entri ni..
Credit to: Terima kasih Rina_deathnote sebab bagi sharing info kat admin!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...