KAMI TELAH TERCENGANG

Sunday 7 April 2013

Page Rank Blog Tercengang

Sambil duk mengkaji tentang teknik SEO dan PSY tadi, tiba-tiba terfikir nak check page rank untuk blog tercengang ni.. Tapi takde la tercengang sangat sebab memang rendah dalam 10 scale..


Tuesday 8 January 2013

Bagaimana Nama-Nama Taufan Dinamakan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Pada tarikh entri ini ditulis, Taufan Sonamu sedang melanda kawasan perairan Pantai Timur kita dan sama-samalah kita berdoa keselamatan saudara-saudara kita di sana..

Sebelum ni admin tak pernah tau pulak macam mana diorang bagi nama kat taufan ni. Admin mana la nak tau, admin study mechanical engineering. Kalau physic calculation tu boleh la. Pagi tadi salah seorang rakan twitter admin ni yang merupakan maritime student di Universiti Malaysia Terengganu menceritakannya.

Organisasi Meteorology Dunia (World Meteorological Organization) merupakan satu badan yang bertanggungjawab menetapkan nama bagi ribut tropika yang mencapai kelajuan angin berterusan selaju 39 batu sejam di Lautan Atlantik. Mana-mana angin yang mencapai 39 batu sejam dipanggil TAUFAN.
Nama tersebut merupakan kod antarabangsa bagi setiap taufan tersebut. Organisasi ini mempunyai enam senarai nama yang digunapakai semula sepanjang tahun 2008 hingga 2017 seperti gambar di bawah.



Kalau korang perasan, nama yang diberikan adalah mengikut susunan abjad bermula dari huruf A yang mana angin yang berkelajuan sekitar 39 batu sejam. Ingat lagi Taufan Sandy? Kalau Sandy tu kan dah huruf S, mungkin laju la tu..

Untuk mengetahui perkembangan terbaru tentang Sonamu boleh klik SINI..

Setakat ini je info yang admin mampu bagi kat korang dan harap korang tercengang la melayan entri ni..
Credit to: Terima kasih Rina_deathnote sebab bagi sharing info kat admin!




Saturday 5 January 2013

Selimut Halimunan


Terkujat tak?? Haaaa... Ni admin nak cerita sikit pasal menatang ape nih.
Benda ni sejenis fabrik yang digunakan dalam ketenteraan untuk mengaburi pandangan musuh. Ianya direka oleh HyperStealth Biotechnology Company dari British Columbia dan dijangka digunakan oleh tentera US dan Canada bermula tahun ini. Benda ni dipanggil Quantum Stealth dan ianya memesongkan gelombang cahaya tanpa menggunakan bateri, kamera dan cermin. Selimut ni akan menghalang subjek daripada dilihat oleh orang lain macam yang korang tengok dalam gambar ni. Ini baru betul silap mata maaaa.....Tapi tak dahsyat kalau nak dibandingkan dengan Teknik Pembahagi Bayang..(Kalau yang layan Dragon Ball je tau.) hehehe
Jangan tercengang!

Wednesday 2 January 2013

Psikologi Trafik!!! (Download E-Book PERCUMA)

Pernah dengar tentang Psikologi Trafik sebelum ni?
Admin pon baru dengar dalam 2-3 bulan yang lepas selepas admin membaca e-book yang dihasilkan oleh salah seorang otai bisnes internet iaitu Salehuddin Salimin..

Di sini admin nak kongsi dengan korang tentang e-book ni. Selepas admin buat experiment ala-ala profesor dan cuba ikut step-step yang ditunjukkan, memang admin berpuas hati dengan hasilnya.. 
Admin takkan berani nak promote kalau benda ni tak menguntungkan.. Tak rugi pon kalau admin berkongsi dengan korang semua..

Psikologi Trafik ni sebenarnya satu langkah untuk menarik perhatian orang ramai untuk melawat website atau blog kita. So, admin sangat recommend kepada blogger dan kepada mereka yang menjalankan perniagaan di internet.. Sekarang kan semuanya di hujung jari kan?? Semua main klik-klik je..

Korang tengok sendiri total pageviews blog ni. Korang tak hairan ke senang-senang je admin boleh kutip visitor hampir 100000 dalam masa 2 bulan? Nak kata blog ni menarik, tak jugak.... Lain la kalau banyak gambar admin yang cute dan cun meletop dalam blog ni kan?


Nak dapat traffic yang macam ni??

Download la e-book free tu kat SINI. Betullll... PERCUMA je.. Korang siap boleh jadi affiliate lagi untuk promote e-book tu. Macam yang admin tengah buat ni la.. Memang sikit je komisen yang dia bagi tapi admin buat saje-saje nak promote. Dah dia tolong admin bagi tips-tips percuma, admin tolong la dia balik promote produk dia.. In the same time, admin tolong korang pulak.. Tu la prinsip Pay It Forward..

Kepada yang nak join affiliate tu, memang admin mempersilakan. Admin dah dapat paymentdan ini buktinya!


Nak try??? Download di sini ok, http://www.psikologitrafik.com/hop.php?ref=amgyver
So, admin ucapkan kepada anda semua..SELAMAT MENCUBA!!!

UPDATE: PROMOSI INI TAMAT PADA 31 JANUARI 2013! CEPAT REBUT!!!

LELAKI ATAU PEREMPUAN JANTINA ANDA?


Thursday 20 December 2012

PENTING: Cara Mengenalpasti Madu Asli..

Kebanyakkan madu yang dijual di pasar tidak semestinya asli atau tulen. Mungkin dicampur pemanis seperti gula yang memudaratkan kesihatan. Bagaimana nak kenal madu tu asli ke tak???
Ni ceq nak habaq maiiiii...

1.  Masukkan madu ke dalam gelas dan masukkan ke dalam freezer. Jika madu tu asli, madu tu tak akan beku..

2. Tuang madu ke dalam piring dan biarkan di atas meja. Kalau madu tu dihurungi semut, madu tu bukan madu asli.

3.  Bawa madu anda ke rumah untuk berjumpa dengan isteri anda. Jika isteri anda marah, memang SAH madu tersebut ASLI dan Original..

Silap Taktik Mengorat

Masa Mail di zaman jahilnya, dia rajin gak pergi clubbing…

Satu hari dia masuk ke kelab.

Dia duduk sorang-sorang di bar..

Tidak lama kemudian dia nampak Man bersama 5 orang awek-awek cantik di sekeliling dia.

Mereka duduk2 di lounge dan Man kelihatan macam raja yang di manjakan oleh dayang-dayang yang cun melecun.

Mail yang duduk sorang dan berfikir, bila agaknya aku boleh jadi macam dia? Awek pun aku takde…

Semasa Man sedang ke tandas, Mail menahannya dan berkata :”Bro, macamana caranya lu boleh dapat awek-awek cun camtu”?

Man membisik ke telinga Mail: Mail,ni gua nak bagitau lu…Kalau kau besok masuk ke kelab, masa ko nak duduk di bar, lemparkan kunci kereta ko di atas meja bar, pasti awek-awek datang dengan sendirinya.

Mail: Tapi aku takde kereta bro, aku ada kapcai jer…


Man: Ko hanya perlukan kunci kereta jer.. tengok aku ada keychain kereta Jaguar..

Mail: Ler…tu jer taktiknya...

Malam esoknya Mail dengan semangat membara masuk ke kelab, dia melihat Man di sudut bar dengan 3 awek di sekelilingnya.

Mail berjalan menuju bar dengan muka confident giler dan mencampakkan kunci bersama key chain kereta Ferrari ke atas meja bar.

Tapi tidak ada respon sama sekali

Di saku seluar dia ada lagi kunci. Bila ada awek-awek cantik lalu, dia lempar lagi kunci tu ke bar.

Tetap tetap tidak ada respon, malah awek-awek cun melecun tu bantai gelak terbahak-bahak.

Mail tidak faham...

Korang nak tahu jawapannya ??

|
|
|
|
|
|
|
|
V

Man akhirnya datang ke Mail dan berbisik: “Mail, lain kali masa kau campak kunci kereta ferrari di bar, helmet tu buka dulu bro……..!!!

Monday 10 December 2012

Fakta Sekeliling Anda

Fakta atau Auta atau...???

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
 

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


15. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca termasuklah anda telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

16. Hampir 98% tidak meyedari fakta ke-8 telah hilang dan hampir 100% pembaca akan menyemak semula bilangan fakta ini.

Saturday 8 December 2012

Barangan TERBAIK untuk BOS!

Benci tak dengan bos korang? Mesti ada yang tak puas hati dengan bos korang tu.. Boleh je kalau nak bagi hadiah untuk bos yang korang benci tu... Apsal pulak tak boleh? Pergi je kat kedai ni, tentu bos anda terharu dan TERCENGANG punya.... 





Ada bran???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...